Tuesday, May 31, 2011

InsyaAllah..

bila kita dapat kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan, kejayaan, tak pernah sekalipun kita bertanya, kenapa semua itu terjadi pada aku....

jadi, bila semua yang bahagia itu jd sebaliknya, apa hak kita untuk betanyakan kenapa ini semua terjadi....

Semua yang terjadi di dunia ni takkan boleh berlaku kalau bukan dengan keizinan-Nya.

Dia Maha tahu apa sebab semua ini berlaku...

InsyaAllah.. semua ada hikmahnya..

hadapi dengan senyuman~ :)

Sunday, May 29, 2011

Apa khabar jodohku?

berderai lagi air mata membacanya.. huhu..

dari iluvislam.com


Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Get busy~

go do everything cross your mind, cross your eyes or crossed you.
so you don't have time to cry....

as if...

Wednesday, May 25, 2011

Kadang-kadang

macam sport injury la.. walaupun dah lama, xde parut ape semua dah.. bila tiba dia nak sakit, dia sakit je.. tak ada warning or anything. sakit dia pula, sama macam mula-mula kne hari tu.. pergh...! memang terbaik dari ladang.

Hadapi dengan senyuman~ :)

Monday, May 9, 2011

Pantun~

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan ditimpa si dahan pauh,
Hendak tidur tidur lah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh…

Mata dah ber’eyebag’ dh tu.. tdo2!!

hari yang penat...
tdo awal, esk bangun awal tlg mak masak brekfast.
prektis utk jadi isteri yang baik.. :p

selamat malam~