Monday, December 19, 2011

Kalah

saat jari yang selalu berlari
pada kekunci piano itu
menyentuh tangan kamu

berbekaskan air mata kering
aku berlari
mencari puncak paling tinggi
mencuri pandang
titik-titik bergerak
seakan menari dalam mata...

detik berhenti. lagi.

ah! kau menang!

tapi aku yang tersenyum..

Saturday, December 17, 2011

Macam mana?

senyum sama terukir

bila duduk di kerusi baldu, berbulu

dan diatas batu penuh bucu

aku tak tahu.

Saturday, November 19, 2011

Benar

kadang kala kita perlu menangis

untuk tau makna ketawa

amatlah benar

Berlalu lah..

dari dalam pintu kaca

dari luar dinding batu

dari depan cahaya bergerak

masa bergerak terlalu perlahan...

Monday, October 17, 2011

Butakan mata

cahaya yang terang tak semestinya indah,
ia mungkin juga boleh memedihkan mata yang melihat.

buka mata dalam gelap
pandang dari hati
apa yang ada itu untuk aku
hanya DIA yang tahu.

Wednesday, October 12, 2011

Aku ingin pulang




Dan ketika menyinar…
Walau kadang awan lalu lalang
Putih kelabu hitam..
Tapi bulan tetap terang.

L.O.V.E

"L is for the way you look at me

O is for the only one I see

V is very-very extraordinary

E is even more than anyone that you adore"

Lagu Nate King Cole...

is this what love means?? think again....

looks like it is very-very replaceable.. huhu

p/s: Love this song though..

Friday, October 7, 2011

Terhenti lagi

sekian waktu berlalu
kedap dan kaku
bisu membatu

dan bila semilir betiup
dedaun mula berserak
seakan ada kehidupan

dalam buta mata
tuli telinga
meraba dalam hitam pekat
kaki mula melangkah

nanti dulu!! bentak sang jiwa

mungkinkah ia hadiah dari Ilahi
atau cuma
bisikan syaitan menabur janji.

Thursday, October 6, 2011

Aku sayang kamu

Andai benar yang diucap itu sayang,

Apa terluah itu cinta,

Cuba cipta laluan kita untuk ke syurga bersama....

Ada beran???

P/s: senang nak taip dari buat kan? memang!

Dialah di hati...

Hati ini cuma ada satu.

Kalau diletakkan dia didalamnya,

Kemana kita nak letakkan DIA?

Jadi, letakkan DIA di lapisan paling dalam hati,

Kerana DIA boleh bawa dia bersama.

Saturday, September 24, 2011

Beringat

Kalau hati tak tenang,
rasa tak selesa
serba tak kena
segeralah kembali kepadaNya..
dan jangan sekali-kali juga terlupa
di kala kita diberi peluang merasa nikmat kurniaanNya..

Yang berpeluang rasa sakit lebih mudah sedar..
Bahawa dunia ini indah..
Cuba lihat dari mata hati yang paling dalam....

Sebab ia adalah hadiah kepada mereka yang telah sudi menerima dugaan..

senyum.

Friday, September 23, 2011

Menyakitkan!

Hari ni ada fesyen show di tempat kerja.
g kerja macam biasa, tp boleh 'clock out' (macam punch kad la.) awal untuk prparation.
sebagai mak andam sambilan, ak diberikan tugak menenyeh muka mangsa tersebut.
Jadi tak jadi, ramai jugak la yang kata ok. dan dapat la no 3. Alhamdulillah... RM100 untuk 1 team. boleh la jugak beli jajan kan..
Yang menyakitkan hati ialah terpaksa kerja di sana lagi sebab belum dapat kerja lain.
yang menyakitkan kaki ialah kene pakai kasut bertumit dr kol 7 pagi smpai 10 malam.

p/s: Kadang-kadang rasa macam tak nak tengok apa-apa pun. Sebab tak nak ingat apa-apa pun. Tapi tiba-tiba teringat sesuatu..

Pyaar zindagi ki tarah hota hai, Jiska her morr aasan nahi hota, Her raste per khushi nahi milti, Per jab hum zindagi ka saath nahin chorte, To hum pyaar karna kyon chorein..."

or actually, i would say it's the other way around.

Friday, September 16, 2011

Hari Rabu Itu

dari mimpi
kerja
pergi
hari yang banyak benda terjadi
dan dunia diam lagi.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem....

Selamat menyambut bulan Ramadhan..

Pertama sekali, Cik Ika harap semoga tahun ini kita dapat melakukan lebih banyak ibadah pada bulan yang mulia ini dari Ramadhan yang lalu..

Tahun ini Cik Ika menyambut bulan Ramadhan pertama sebagai orang yang dah bekerja.. Lepas ni, tak ada dah buka puasa kat HS Cafe dengan budak-budak cultural. Tak ada dah pergi baazar kt Covest Hill or blakang CAC. Tak ada dah berbuka dengan team IIUM.fm or Geng Cekak Hanafi..

Uwaa... Sangat rindu!

Tapi... dapat berbuka puasa setiap hari dengan masakan mak bersama-sama mak abah dan adikku... happy!

Rebut la masa ini untuk membuat ibadah sebanyak-banyaknya.. Semua amalan akan mendapat ganjaran berganda pula tu.. Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan pada kita semua.

HA! Lagi satu, impian untuk kurus tu.. boleh la diteruskan juga ok! Selamat berpuasa!! :)

Nota tangan: Bersihkan hati.. Muka pun akan nampak bersih!

Saturday, June 11, 2011

Senyum sikit..

Pernah rasa hidup ni susah..
sedih...
bosan....
sunyi...

Agaknya, ramai orang yang rasa macam tu....

Jumpa sesuatu yang menarik dalam blog kegemaran tadi...

http://genta-rasa.com - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ayat yang buatkan bibir sedikit tersenyum, hati pun turut sama.

Imam Ghazali pernah menuliskan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”"

Allah itu ada....

Setiap masa..

Siapa kata kau keseorangan? Tak pernah sekali pun..

Allah tak pernah lupakan kita, Ingatlah... selalunya, kita yang selalu lupakan DIA..

Astaghfirullah~

Berazam untuk sentiasa mengingatiNya lepas ni. InsyaAllah...

Senyum lah sambil mengingati Allah~

Hati dan wajah akan jadi lebih cantik~ :)

Tak sangka...

tgk fb boleh menyebabkan kesakitan...
.
.
.
.
.
.
.

dalam hati....

jadi, tak payah la buka dulu kan... tunggu sihat sikit...

hadapi dengan senyuman~

Allah itu Ada... :)

Monday, June 6, 2011

dan sebenarnya

dan sebenarnya aku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku~

semalam itu kenangan..
hari ini kenyataan...
esok itu harapan...

selagi masih ada esok...
selagi itu lah masih ada harapan...

Allah knows Best! :)

Hadapi dengan senyuman~

Saturday, June 4, 2011

mendoakan...

mendoakan yang terbaik untuk saudara kita sama ada dia tau atau tidak....

insyaAllah..

hati kita akan rasa tenang...

walaupun masa tu tengah serabut...

hadapi segalanya dengan senyuman~

you'll always be beautiful... :)

selamat mencuba...!!

Tuesday, May 31, 2011

InsyaAllah..

bila kita dapat kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan, kejayaan, tak pernah sekalipun kita bertanya, kenapa semua itu terjadi pada aku....

jadi, bila semua yang bahagia itu jd sebaliknya, apa hak kita untuk betanyakan kenapa ini semua terjadi....

Semua yang terjadi di dunia ni takkan boleh berlaku kalau bukan dengan keizinan-Nya.

Dia Maha tahu apa sebab semua ini berlaku...

InsyaAllah.. semua ada hikmahnya..

hadapi dengan senyuman~ :)

Sunday, May 29, 2011

Apa khabar jodohku?

berderai lagi air mata membacanya.. huhu..

dari iluvislam.com


Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Get busy~

go do everything cross your mind, cross your eyes or crossed you.
so you don't have time to cry....

as if...

Wednesday, May 25, 2011

Kadang-kadang

macam sport injury la.. walaupun dah lama, xde parut ape semua dah.. bila tiba dia nak sakit, dia sakit je.. tak ada warning or anything. sakit dia pula, sama macam mula-mula kne hari tu.. pergh...! memang terbaik dari ladang.

Hadapi dengan senyuman~ :)

Monday, May 9, 2011

Pantun~

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan ditimpa si dahan pauh,
Hendak tidur tidur lah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh…

Mata dah ber’eyebag’ dh tu.. tdo2!!

hari yang penat...
tdo awal, esk bangun awal tlg mak masak brekfast.
prektis utk jadi isteri yang baik.. :p

selamat malam~

Sunday, April 17, 2011

Tasik itu....

Ada satu tasik. Dari kejauhan itu aku lihat luas. Indah. Biru warnanya tika siang. Jingga ia diwaktu rembang. Di malam hari kulihat ia tetap terang. Ada cahaya bulan yg gilang gemilang. Ingin aku cuba menduga dalamnya. Kerana dasar nya yang bisa bertukar warna bukanlah jernih sebenarnya ada juga lumpur pancaroba.

Aku sering bermain die gigi air
Sekadar merasa ia mengalir
Dulu aku hampir tergelincir
Tapi ditarik org yang hampir
Sejak itu tasik indah tidak lagi kuendah

Sekian lama aku tidak menjenguk
Hati ini makin terbujuk
Melihat tasik yang semakin ceruk.

Tapi tika kudatang…
Ada gelombang ganas,
Ada tangan meronta lemas

Apa harus aku buat?
Yang lemas itu belahan hatiku
Maut dia, matilah aku.
Tasik,
Jangan kau hirup nyawa adindaku
ambil aku, jangan dia
kerana air kotormu itu
sudah jadi air mandiku sedari dulu.



~Doa yang ikhlas itu baik.. Tapi wahai kekanda, hati-hatilah dengan apa yang kita doakan....

Bersambung.....

Tuesday, April 12, 2011

Nanti dulu lah...

Cik ika nak sangat tulis pasal ni...



Tapi...

Nak kena faham dulu apa maksudnya....

jadi, nanti dulu lah ye..

Selamat Pagi Cinta~

Selamat untuk semuanya~ :)

Sunday, April 10, 2011

Yakin!!

Allah itu ada....
Cik Ika jmpa sebuah blog... terusik hati cik ika baca artikel dia...

Rasanya, ramai yang tahu tentang kisah Bilal R.A kan... Macam mana dia disiksa dengan kejam oleh tuannya. Diletakkan di tengah panas terik, diletakkan batu, dipukul dengan kejam...

Tapi dia tak murtad.... Apa yang keluar dari mulut dia, Ahad.. Ahad... Ahad.... betapa dengan KEYAKINAN dia tu menguatkan dirinya... Dia tak mati disiksa, dan Allah menyelamatkan dia dengan Abu Bakar telah membelinya dari tuannya itu...

Cik Ika bandingkan dengan diri ni... Allah bagi ujian yang teruk sampai macam tu ke? Tak ada.. Kalau ada, boleh dihadapi ke?

YAKINkan diri bahawa Allah itu ada... Dekat... dan sentiasa bersama kita.. Kita cuma perlu YAKIN dalam mencari-Nya.. YAKIN Dia akan mendengar doa kita...

ALLAH ENGKAU DEKAT... PENUH KASIH SAYANG... TAKKAN PERNAH ENGKAU BIARKAN HAMBAMU MENANGIS.. -LAGU OPICK

Wednesday, April 6, 2011

Penumpang Ladies Coach punya kisah.....

Episod: OMG!!

Korang pernah Naik Ladies Coach KTM?

PLC sentiasa naek... Selalunya tak ada la masalah sangat... Memang selalu ada lelaki yang naik. Dan PLC selalunya mengutuk mereka dalam hati. Pernah sekali dua je menegur dengan cara baik, dan kemudian mereke keluar dari coach tersebut dan pergi ke coach lain. Alhamdulillah..

Tapi OMG sangat masa mahu pergi ke briefing partime job di KLCC, PLC encounter satu situasi yang sangat menakutkan. Mungkin sebab ni la, jarang kita lihat mana-mana ladies in the coach menegur mana-mana lelaki yang tak sedar diri naik ladies coach tersebut.

Nak dijadikan cerita, petang tu train sedang-sedang padat. Tapi PLC dapat juga la tempat duduk. Macam biasa, ada la beberapa orang lelaki menaiki coach yang sama PLC naik tu. Macam luar biasa ramai pun ada. Ntah la... Biar je la.. Tak kuasa nak tegur. Ramai sangat. Tapi, tiba-tiba... Sedang train menghampiri Mid Valley...

Ada seorang Aunty membuka mulut.....

"Why are you guys in this train ha? This is for ladies only you know!" kata Aunty berbangsa India tersebut. Dia memandang kepada sepasang pasangan yang sedang duduk. Mungkin dia jeles sebab dorang dapat duduk kot.. kikiki... PLC ni! OK2... Pastu, nak tau apa jadi?

"You think this is what country ha??! What the f%$#?!" Jerkah seorang Uncle yang duduk agak jauh dari aunty tersebut. Out of nowhere je dia menjerit.

"Why you think we cannot enter this train? If you think you are that good, go down and tell the bloody KTM people la..!! F&**er! Why are you making noise here? What?? You think you ladies so special huh??" Lelaki tersebut menjerit lagi.

Suasana jadi sepi...

PLC tau, dalam train tu 90% of the ladies sedang menyumpah lelaki tersebut dalam hati. PLC tak tarkecuali. Yelah, makcik tadi tu cuma tegur sikit je. Lepas tu, dia menjerkah tak tentu pasal.. Tak henti-henti pulak tu. Sampai la ke KL Sentral lelaki tu memekak. Banyak pula tenaga dia. Nampak cm dah tua je. Tapi melayan marah macam budak-budak form five kene tahan pengawas!

Sampai KL Sentral, PLC turun. Aunty tu pun turun sambil membuat muka, tak tau la sebab dah sampai, atau sengaja turun sebab tak mahu dengar bebelan 'berdosa' pakcik tua tu. Sebab dia punya memekak tu sampai penumpang-penumpang lelaki lain jadi rasa bersalah dan memujuk pakcik tu. Haih.. Ntah la...

Turun tu, PLC senyum je.. Macam-macam hal!! Sambil terfikir... Apsal la aku tak makan tengah hari dulu tadi.. lapar~

Tapi PLC ada juga terfikir sesuatu... Mungkin pakcik dan makcik tadi tu sebanarnya kekasih lama yang break up sebab bergaduh. Nak tau kanapa PLC cakap macam tu? Sebab mereka dua-dua India, dan pakai baju tone dah nak sama warna.. hehehe

Kisahnya..... Selamat menaiki Ladies Coach, ladies!! :)

Monday, April 4, 2011

Earn the Fern BabE!

Morning dears~~

This evening i'll be in KLCC for a short briefing on the event i'll be working on tomorrow. The MIHAS 2011- Malaysia International Halal Showcase 2011. Heard about it before but never had a chance to be there. So, tomorrow till Saturday i'll be saying these lines over and over again..

Welcome To MIHAS 2011 Sir...

This way please....

May I have your business card please...

Excuse me sir, would you please complete the form please....

Yup! Registration staff! hehe
and the best part is, i'll get paid! :D
All right! time to get ready people~

Daa~

Jaga hati~

Assalamualaikum semua!

Suka tak kalau kita nampak cantik? Mesti la suka kan3???
Kalau nak nampak cantik, kena la gembira selalu. Cik Ika dapat satu info atau cara untuk menjadi seorang wanita yang gembira. Salah satunya ialah dengan sentiasa memaafkan orang.

Ada seorang kawan pernah kata, dia akan memaafkan semua orang sebelum dia tidur. Maka, pagi esoknya, dia akan bangun dengan gembira dan tiada dendam pada sesiapa dah pada hari baru. Bagus kan? Jadi Cik ika yang nakal ni terfikr la, kalau nak cari gaduh dengan dia ni, cari la gaduh di waktu malam, sebab bila dia dah tidur nanti, dia akan maafkan kita.. hehe... tapi... kalau dia tak dapat tidur sebab terlalu marah? hm.. ermm.. ok2! Jangan buat orang marah. Tak baik okay! hee~

Jadi temanya, salah satu cara untuk jadi lebih cantik dan gembira ialah dengan cara memaafkan orang lain. Dengan itu, jom maafkan semua orang bermula malam ni.
Cik ika tengah kira ni.. Nak maafkan bape orang hari ni.. hehehe... Tak ada lah! Cik Ika ni susah nak marah tau..

Tak percaya sudah~ hehe

so, until then.. happy blogging n good night! :)

The Legendary Sarah

Episod - Sengal

Hari dah lewat. Dekat pukul 2 pagi. Tapi si Sarah ni tak reti-reti juga ngantok. Pusing kiri, nampak dinding, pusing kanan, tak nampak apa.

"adoi... Bosan! Tak nak tidur lah macam ni. Novel hari tu belum habis baca kan? Mana dia... Mana kamu wahai novel.." Sarah berjaya menukar mood bosan kepada gembira secara berperingkat.

Maka setelah mencapai novel The Gift-Cecilia Ahern di atas meja tulisnya, Sarah terpusing-pusing mencari cermin mata. Almaklum la... Dah malam memang Sarah ni silau. Tengok TV atau melihat skrin komputer memang memedihkan mata dan perlu memakai cermin mata empat segi-bingkai-ungunya itu.

"Hah! Dekat luar.. Kan tengok TV td..." Sarah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang tamu dan mengambil cermin mata di atas meja kopi ruang tamunya.

Sarah tersenyum riang. Balik ke atas katil, dan duduk untuk membaca

"mari baca novel~" hati Sarah berbunga riang.

dengan bismillah sarah membuka novel dan menyarung cermin mata.

"Alahai... siapa punya kerja la yang pegang spek orang tanpa belas kasihan ni.. kabur dah. Sarah buka cermin mata dan lap dengan tshirt nya. Sarah pakai semula speknya itu. Alaaa... Kabur lagi..

"Benci btol!" bentak sarah sambil lap lagi spek itu dengan lebih ganas.

setelah berpuas hati, sarah pakai semula. Pandangan masih kabur.

"Ini sudah lebih.. ade orang calarkan ke spek aku ni???" Sarah berkata sendirian lalu membuka cermin mata tersebut. Membelek sebentar.

Tiba-tiba Sarah bingkas bangun, letak novel dan cermin mata atas meja, tutup lampu, tutup mata.

"eeeiii.... Abah ni... kenapa tiru style spek orang... kan dah salah amik!!"

tak lama lepas mengomel sorang-sorang, Sarah pun tertidur.

hadoiyai.... Sengal la kau ni sarah oi~

Blog Baru Saya~

Blog lama macam ada masalah. Maka, Cik Ika akan cuba bangunkan sebuah blog baru ni. Mungkin dengan cara yang sedikit berbeza dari dulu. Hopefully better la.

Cik Ika juga bercadang untuk post juga beberapa entry-entry menarik dari Ape Kes?! dalam blog ni. Bukan tak ada idea la. To preserves good ideas. Hehe.

Lately macam sedap pula gelaran Cik Ika. So, i decided to use it in my new blog. (Cik Cleo, Cik Apple jgn marah ye.. hehe :P) Sebab ia kedengaran comel lagi-lagi bila certain people yang sebut. :D

OK, dalam blog ni, mungkin Cik Ika akan cuba blogging dalam Bahasa Inggeris. Rasa rugi belajar English dari tadika kalau tak practice. Alamak! Bahasa Arab pun belajar dari tadika... err... satu-satu la kan? hehe

Baiklah! i guess thats it for introduction entry.

i'll try to update as much as i can since i have no work to do right now. hehe

Happy blogging! see ya! :)