Sunday, April 17, 2011

Tasik itu....

Ada satu tasik. Dari kejauhan itu aku lihat luas. Indah. Biru warnanya tika siang. Jingga ia diwaktu rembang. Di malam hari kulihat ia tetap terang. Ada cahaya bulan yg gilang gemilang. Ingin aku cuba menduga dalamnya. Kerana dasar nya yang bisa bertukar warna bukanlah jernih sebenarnya ada juga lumpur pancaroba.

Aku sering bermain die gigi air
Sekadar merasa ia mengalir
Dulu aku hampir tergelincir
Tapi ditarik org yang hampir
Sejak itu tasik indah tidak lagi kuendah

Sekian lama aku tidak menjenguk
Hati ini makin terbujuk
Melihat tasik yang semakin ceruk.

Tapi tika kudatang…
Ada gelombang ganas,
Ada tangan meronta lemas

Apa harus aku buat?
Yang lemas itu belahan hatiku
Maut dia, matilah aku.
Tasik,
Jangan kau hirup nyawa adindaku
ambil aku, jangan dia
kerana air kotormu itu
sudah jadi air mandiku sedari dulu.



~Doa yang ikhlas itu baik.. Tapi wahai kekanda, hati-hatilah dengan apa yang kita doakan....

Bersambung.....

Tuesday, April 12, 2011

Nanti dulu lah...

Cik ika nak sangat tulis pasal ni...



Tapi...

Nak kena faham dulu apa maksudnya....

jadi, nanti dulu lah ye..

Selamat Pagi Cinta~

Selamat untuk semuanya~ :)

Sunday, April 10, 2011

Yakin!!

Allah itu ada....
Cik Ika jmpa sebuah blog... terusik hati cik ika baca artikel dia...

Rasanya, ramai yang tahu tentang kisah Bilal R.A kan... Macam mana dia disiksa dengan kejam oleh tuannya. Diletakkan di tengah panas terik, diletakkan batu, dipukul dengan kejam...

Tapi dia tak murtad.... Apa yang keluar dari mulut dia, Ahad.. Ahad... Ahad.... betapa dengan KEYAKINAN dia tu menguatkan dirinya... Dia tak mati disiksa, dan Allah menyelamatkan dia dengan Abu Bakar telah membelinya dari tuannya itu...

Cik Ika bandingkan dengan diri ni... Allah bagi ujian yang teruk sampai macam tu ke? Tak ada.. Kalau ada, boleh dihadapi ke?

YAKINkan diri bahawa Allah itu ada... Dekat... dan sentiasa bersama kita.. Kita cuma perlu YAKIN dalam mencari-Nya.. YAKIN Dia akan mendengar doa kita...

ALLAH ENGKAU DEKAT... PENUH KASIH SAYANG... TAKKAN PERNAH ENGKAU BIARKAN HAMBAMU MENANGIS.. -LAGU OPICK

Wednesday, April 6, 2011

Penumpang Ladies Coach punya kisah.....

Episod: OMG!!

Korang pernah Naik Ladies Coach KTM?

PLC sentiasa naek... Selalunya tak ada la masalah sangat... Memang selalu ada lelaki yang naik. Dan PLC selalunya mengutuk mereka dalam hati. Pernah sekali dua je menegur dengan cara baik, dan kemudian mereke keluar dari coach tersebut dan pergi ke coach lain. Alhamdulillah..

Tapi OMG sangat masa mahu pergi ke briefing partime job di KLCC, PLC encounter satu situasi yang sangat menakutkan. Mungkin sebab ni la, jarang kita lihat mana-mana ladies in the coach menegur mana-mana lelaki yang tak sedar diri naik ladies coach tersebut.

Nak dijadikan cerita, petang tu train sedang-sedang padat. Tapi PLC dapat juga la tempat duduk. Macam biasa, ada la beberapa orang lelaki menaiki coach yang sama PLC naik tu. Macam luar biasa ramai pun ada. Ntah la... Biar je la.. Tak kuasa nak tegur. Ramai sangat. Tapi, tiba-tiba... Sedang train menghampiri Mid Valley...

Ada seorang Aunty membuka mulut.....

"Why are you guys in this train ha? This is for ladies only you know!" kata Aunty berbangsa India tersebut. Dia memandang kepada sepasang pasangan yang sedang duduk. Mungkin dia jeles sebab dorang dapat duduk kot.. kikiki... PLC ni! OK2... Pastu, nak tau apa jadi?

"You think this is what country ha??! What the f%$#?!" Jerkah seorang Uncle yang duduk agak jauh dari aunty tersebut. Out of nowhere je dia menjerit.

"Why you think we cannot enter this train? If you think you are that good, go down and tell the bloody KTM people la..!! F&**er! Why are you making noise here? What?? You think you ladies so special huh??" Lelaki tersebut menjerit lagi.

Suasana jadi sepi...

PLC tau, dalam train tu 90% of the ladies sedang menyumpah lelaki tersebut dalam hati. PLC tak tarkecuali. Yelah, makcik tadi tu cuma tegur sikit je. Lepas tu, dia menjerkah tak tentu pasal.. Tak henti-henti pulak tu. Sampai la ke KL Sentral lelaki tu memekak. Banyak pula tenaga dia. Nampak cm dah tua je. Tapi melayan marah macam budak-budak form five kene tahan pengawas!

Sampai KL Sentral, PLC turun. Aunty tu pun turun sambil membuat muka, tak tau la sebab dah sampai, atau sengaja turun sebab tak mahu dengar bebelan 'berdosa' pakcik tua tu. Sebab dia punya memekak tu sampai penumpang-penumpang lelaki lain jadi rasa bersalah dan memujuk pakcik tu. Haih.. Ntah la...

Turun tu, PLC senyum je.. Macam-macam hal!! Sambil terfikir... Apsal la aku tak makan tengah hari dulu tadi.. lapar~

Tapi PLC ada juga terfikir sesuatu... Mungkin pakcik dan makcik tadi tu sebanarnya kekasih lama yang break up sebab bergaduh. Nak tau kanapa PLC cakap macam tu? Sebab mereka dua-dua India, dan pakai baju tone dah nak sama warna.. hehehe

Kisahnya..... Selamat menaiki Ladies Coach, ladies!! :)

Monday, April 4, 2011

Earn the Fern BabE!

Morning dears~~

This evening i'll be in KLCC for a short briefing on the event i'll be working on tomorrow. The MIHAS 2011- Malaysia International Halal Showcase 2011. Heard about it before but never had a chance to be there. So, tomorrow till Saturday i'll be saying these lines over and over again..

Welcome To MIHAS 2011 Sir...

This way please....

May I have your business card please...

Excuse me sir, would you please complete the form please....

Yup! Registration staff! hehe
and the best part is, i'll get paid! :D
All right! time to get ready people~

Daa~

Jaga hati~

Assalamualaikum semua!

Suka tak kalau kita nampak cantik? Mesti la suka kan3???
Kalau nak nampak cantik, kena la gembira selalu. Cik Ika dapat satu info atau cara untuk menjadi seorang wanita yang gembira. Salah satunya ialah dengan sentiasa memaafkan orang.

Ada seorang kawan pernah kata, dia akan memaafkan semua orang sebelum dia tidur. Maka, pagi esoknya, dia akan bangun dengan gembira dan tiada dendam pada sesiapa dah pada hari baru. Bagus kan? Jadi Cik ika yang nakal ni terfikr la, kalau nak cari gaduh dengan dia ni, cari la gaduh di waktu malam, sebab bila dia dah tidur nanti, dia akan maafkan kita.. hehe... tapi... kalau dia tak dapat tidur sebab terlalu marah? hm.. ermm.. ok2! Jangan buat orang marah. Tak baik okay! hee~

Jadi temanya, salah satu cara untuk jadi lebih cantik dan gembira ialah dengan cara memaafkan orang lain. Dengan itu, jom maafkan semua orang bermula malam ni.
Cik ika tengah kira ni.. Nak maafkan bape orang hari ni.. hehehe... Tak ada lah! Cik Ika ni susah nak marah tau..

Tak percaya sudah~ hehe

so, until then.. happy blogging n good night! :)

The Legendary Sarah

Episod - Sengal

Hari dah lewat. Dekat pukul 2 pagi. Tapi si Sarah ni tak reti-reti juga ngantok. Pusing kiri, nampak dinding, pusing kanan, tak nampak apa.

"adoi... Bosan! Tak nak tidur lah macam ni. Novel hari tu belum habis baca kan? Mana dia... Mana kamu wahai novel.." Sarah berjaya menukar mood bosan kepada gembira secara berperingkat.

Maka setelah mencapai novel The Gift-Cecilia Ahern di atas meja tulisnya, Sarah terpusing-pusing mencari cermin mata. Almaklum la... Dah malam memang Sarah ni silau. Tengok TV atau melihat skrin komputer memang memedihkan mata dan perlu memakai cermin mata empat segi-bingkai-ungunya itu.

"Hah! Dekat luar.. Kan tengok TV td..." Sarah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang tamu dan mengambil cermin mata di atas meja kopi ruang tamunya.

Sarah tersenyum riang. Balik ke atas katil, dan duduk untuk membaca

"mari baca novel~" hati Sarah berbunga riang.

dengan bismillah sarah membuka novel dan menyarung cermin mata.

"Alahai... siapa punya kerja la yang pegang spek orang tanpa belas kasihan ni.. kabur dah. Sarah buka cermin mata dan lap dengan tshirt nya. Sarah pakai semula speknya itu. Alaaa... Kabur lagi..

"Benci btol!" bentak sarah sambil lap lagi spek itu dengan lebih ganas.

setelah berpuas hati, sarah pakai semula. Pandangan masih kabur.

"Ini sudah lebih.. ade orang calarkan ke spek aku ni???" Sarah berkata sendirian lalu membuka cermin mata tersebut. Membelek sebentar.

Tiba-tiba Sarah bingkas bangun, letak novel dan cermin mata atas meja, tutup lampu, tutup mata.

"eeeiii.... Abah ni... kenapa tiru style spek orang... kan dah salah amik!!"

tak lama lepas mengomel sorang-sorang, Sarah pun tertidur.

hadoiyai.... Sengal la kau ni sarah oi~

Blog Baru Saya~

Blog lama macam ada masalah. Maka, Cik Ika akan cuba bangunkan sebuah blog baru ni. Mungkin dengan cara yang sedikit berbeza dari dulu. Hopefully better la.

Cik Ika juga bercadang untuk post juga beberapa entry-entry menarik dari Ape Kes?! dalam blog ni. Bukan tak ada idea la. To preserves good ideas. Hehe.

Lately macam sedap pula gelaran Cik Ika. So, i decided to use it in my new blog. (Cik Cleo, Cik Apple jgn marah ye.. hehe :P) Sebab ia kedengaran comel lagi-lagi bila certain people yang sebut. :D

OK, dalam blog ni, mungkin Cik Ika akan cuba blogging dalam Bahasa Inggeris. Rasa rugi belajar English dari tadika kalau tak practice. Alamak! Bahasa Arab pun belajar dari tadika... err... satu-satu la kan? hehe

Baiklah! i guess thats it for introduction entry.

i'll try to update as much as i can since i have no work to do right now. hehe

Happy blogging! see ya! :)