Friday, January 6, 2012

Encik Kerbakaran ada??

Adakalanya, kita tak sedar yang kita sedang menghadapi sesuatu. Macam kadang kita pernah dengar(atau pernah alami), kita terlanggar pintu kaca sebuah kedai di pusat membeli belah.

"opocot mak kau!!"

Mak aku juga yang dapat glamour.

Adakalanya bila kita jmpa sesuatu, kita tak mahu hadapi pula. Sedar, nampak, jelas pula tu. Tapi, pura-pura. Jalan terus. Tahan mata, tahan tangan mulut, tahan nafas pun ada kadang-kadang. Kaki pun kena bertahan supaya tak berjalan terlalu laju.

"Rilex... cool.. tak payah la lari.. sabar, sabar... dia tak nampak sini.."

Then bila dah jauh sikit, lari macam orang gila.

Zaman sekolah yang indah... Kan?


Sampai bila-bila pun manusia akan berdepan dengan sesuatu. Apa-apa sekalipun, pasti akan ada yang merentang dalam jalan hidp kita. Hidup. Sebab kita masih hidup. Kita tak payah cerita rintangan kalau kita dah mati. Kat akhirat sana tu. Itu tunggu entry lain.

Untuk berdepan dengan kenyataan dan rintangan yang datang dalam setiap langkah hidup kita, bukan mudah. Kita perlu buat keputusan. Untuk lari, untuk jadi diplomatik, untuk jadi penakut ("ini tidak adil, tidak adil baginya.... ini tidak adil tidak adik, bagiku" kata Yuna), jadi tamak, dan etc... etc... Pilih la sendiri.

Sebab, cuba bayangkan hidup yang jalannya terlalu lurus. Itu pun sebenarnya bukan jalan lurus. Kita pasti akan cari sesuatu untuk merintangi jalan kita. dan halangannya, hati dan aqal macam biasa akan bergaduh lagi untuk menjadikannya penghalang kepada kehidupan.

Jadi, kalau rasa, hidup ni terlalu banyak rintangan, jangan khuatir. Itu sebab kau masih hidup, ada masa untuk buat keputusan. Kalau dah dalam kubur, tinggal Allah yang buat keputusan-Nya untuk kita. Langsung tak boleh menjawab apa-apa.

No comments:

Post a Comment